USAHAWAN BIJAK AKAN MANFAATKAN 3 DERIA UTAMA INI!

Serius! Usahawan bijak pasti akan manfaatkan 3 deria utama ni…

 

Kita biasa dengar bahawa manusia mempunyai 5 deria yang utama iaitu deria lihat, dengar, bau, rasa dan sentuhan. Namun bagaimanakah seseorang usahawan yang bijak mampu mengoptimumkan deria-deria ini bagi tujuan perniagaan?

Dalam artikel kali ini, kita tumpukan bagaimana seorang usahawan menggunakan 3 deria utama mereka secara maksima.

 

Lihat

 

Usahawan yang bagus dapat melihat sesuatu di luar kebiasaan, sesuatu yang peniaga biasa tak boleh. Mungkin ianya sesuatu yang berpotensi besar, trend-trend baru yang bakal berlaku atau sesuatu yang belum pernah peniaga atau pesaing lain lakukan. Oleh demikian, mereka akan sering terkehadapan dari yang lain.

 

Mereka ini juga dapat melihat jauh kehadapan melangkaui halangan atau masalah dalam bisnes. Contohnya, usahawan yang baik akan fokus dan peka hinggakan mereka sudah memikirkan solusi sebelum berlakunya masalah. Mereka akan ‘buat sampai jadi’ kerana sudah nampak kejayaan yang bakal dimiliki.

 

Bau

 

Seorang tauke cina pernah berkata kepada saya bahawa usahawan yang baik mampu menghidu peluang dan kejayaan dari jauh. Inilah yang memacu mereka terus bergerak dan berusaha untuk mencapai matlamat yang telah mereka sasarkan.

 

Berdasarkan pengalaman, mereka juga mampu menghidu masalah atau risiko yang perlu dielakkan. Maka, jika lebih banyak pengalaman akan lebih matanglah usahawan ini menghidu peluang-peluang keemasan.

 

 

Rasa

 

Kombinasi dari deria lihat dan bau tadi akan membuatkan seseorang usahawan itu lebih yakin dan merasai kejayaan dalam setiap apa yang mereka usahakan.

 

Mereka akan mempedulikan masalah dan kepahitan yang dialami ketika ini kerana mereka tahu manisnya kejayaan yang bakal mereka perolehi nanti.

 

 

Kesimpulannya, cara bagaimana anda optimumkan deria anda sahaja sudah dapat membezakan sama ada anda usahawan atau peniaga yang biasa-biasa sahaja. Anda termasuk dalam golongan mana?