Tips Penting Bisnes Dropship

Bisnes Dropship mudah, tapi jangan ambil mudah!

Dalam artikel kali ni kami nak kongsikan beberapa tips penting bisnes dropship yang wajar anda ketahui sebelum terjun ke dalam model bisnes dropship ini.

 

Kaji Pasaran Sebelum Menjual

Ramai yang tersilap langkah mencari produk dahulu sebelum mengetahui permintaan pasaran. Akibatnya, tiada jualan yang terhasil dan stok berlambak di bawah katil. Anda harus tahu apa permintaan yang tinggi di pasaran pada setiap masa kerana ia akan berubah setiap masa.

 

Kenalpasti Pembekal

Cuba cari dropshipper yang membekalkan barangan yang mempunyai permintaan tinggi di pasaran. Ada banyak pembekal yang menawarkan peluang dropship. Ada yang mengenakan bayaran yuran sekali seumur hidup, yuran bulanan malah ada yang percuma. Kebanyakan dropship pula tertumpu pada satu niche sahaja. Contohnya ada dropshipper yang cuma membekalkan produk kesihatan sahaja, ada yang jual berkaitan fesyen sahaja dan sebagainya. Cuma kebelakangan ini sudah ada platform yang menawarkan pelbagai niche, sebagai orang tengah di antara agen dan dropshipper-dropshipper. Ini akan saya terangkan dalam artikel berasingan.

 

Margin Keuntungan

Anda kena tahu berapa margin keuntungan yang diberikan iaitu beza antara harga agen dropship dengan harga jualan. Nilaikan berapa peratus keuntungan yang disasarkan, kemudian baru buat pelan pemasaran  supaya berbaloi dengan promosi yang anda bakal lakukan.

 

Platform Jualan

Gunakan platform jualan untuk membuat promosi dan mula menghasilkan jualan. Terdapat pelbagai platform yang boleh anda gunakan untuk membuat jualan. Antaranya Facebook, Instagram, website, blog, dan marketplace seperti Lelong, Mudah dan sebagainya.