TAHUN 2018… NAK BISNES APA YA?

“Tahun baru ni aku nak mula bisnes, tapi nak bisnes apa ye…?”

Nak Bisnes Apa?

Ini antara statement biasa yang kita sering akan jumpa bila menjelang tahun baru. Bagaimana nak bantu mereka ini untuk bermula?

 

Kali ini Tim BOSS akan kongsikan beberapa tips untuk mereka yang nak mula bisnes pada tahun 2018 ini. Kami syorkan anda mulakan dengan apa yang anda ada tu dulu…

 

Apakah Yang Anda Minat?

 

Soalan simple sahaja. Anda minat apa? Tukarkan minat anda menjadi bisnes anda. Pasti ada satu minat atau sesuatu yang anda ada kelebihan untuk dijadikan sebagai peluang kan?

 

Kalau masih tak ada idea, cuba fikirkan sejenak…

 

  • Apakah minat atau hobi anda?
  • Apa kebolehan anda yang orang lain tak ada?
  • Apa kelebihan atau kekuatan anda?
  • Apa ilmu yang anda ada?
  • Apakah kepakaran anda?
  • Apakah pengalaman yang anda ada?

 

Cari Passion Anda!

 

Cari satu benda yang boleh anda tukarkan kepada peluang bisnes. Lebih mudah untuk anda mulakan bisnes jika anda buat sesuatu yang memang anda suka, minat dan ada passion terhadapnya. Passion ni umpama keghairahan dan anda bersemangat melakukannya.

 

Kenapa perlukan passion?

Bila baru berjinak dengan bisnes anda akan hadapi pelbagai pancaroba dan halangan. Tak semua orang buat bisnes terus berjaya dan kaya raya. Mungkin perlukan banyak air mata dan pengorbanan. Jadi, kalau kita buat bisnes tu dengan sepenuh hati dan minat yang mendalam, Insyaallah semua halangan dapat diharungi.

 

Elemen Lain Pun Perlu!

 

Selain dari minat, passion dan apa yang dinyatakan tadi ada elemen lain juga yang perlu dipertimbangkan. Bukan apa, kalau anda memang dah minat tapi ianya tak relevan maka anda hanya SYOK SENDIRI berniaga…

 

Pastikan anda pertimbangkan juga elemen-elemen seperti trend semasa, permintaan, kajian pasaran, teknologi dan pelanggan. Ada banyak lagi sebenarnya anda kena kaji, ini antara yang utama.

 

Anda belajar sesuatu tak? Jika ya dan anda rasakan artikel ini bermanfaat, silakan share untuk kita sama-sama kongsikan manfaatnya. Terima kasih ya atas kesudian membaca.

 

One thought on “TAHUN 2018… NAK BISNES APA YA?

  • January 5, 2018 at 2:19 pm
    Permalink

    product kesihatan dpt membantu org ramai
    lebih sihat
    Lynn baru-baru ni bercerita tentang…Senang Jual BeliMy Profile

Comments are closed.