SENJATA RAHSIA USAHAWAN ONLINE : COPYWRITING POWER!

Wujud ke Copywriting Power? Ramai pernah bertanyakan soalan sebegini, dan jawapannya sangat subjektif.  Banyak faktor yang memainkan peranan sebenarnya.

 

Walau sehebat mana pun kita menulis, copywriting kita akan jadi biasa-biasa sahaja jika ia tak sampai kepada orang yang sepatutnya. Sekadar contoh, adakah efektif kalau kita menjual sikat kepada lelaki yang botak? Mungkin anda kata mungkin juga mereka beli tetapi rationya barbaloikah?

 

Kita sering mendengar orang menjual dengan tulisan, bunyi macam mudah cantumkan saja headline, ciri produk, manfaat, offer dan sebagainya kemudian selesai. Iklan dah siap untuk dipromosikan merata-rata. Tak semudah itu kan?

 

Apakah Itu Copywriting?

Ada banyak mazhab yang menceritakan bab copywriting ini. Secara mudahnya copywriting adalah teknik menulis ayat jualan dengan tujuan untuk mempengaruhi prospek dan membuatkan mereka bertindak untuk membeli. Copywriting power pula adalah penulisan ayat jualan yang terus ke sasaran audiens. Bak seorang sniper menembak tepat musuhnya dengan sebutir peluru.

 

Dalam menulis copywriting yang bagus, ada empat perkara yang perlu kita tahu dan kuasai supaya copywriting kita itu bertukar dari ayat biasa-biasa kepada ayat yang POWER! Kita lihat satu demi satu…

 

Tarik Perhatian Prospek

Ya, dalam aktiviti pemasaran baik online mahupun offline paling penting adalah kita kena tarik perhatian prospek kita dahulu kemudian barulah mula menjual. Contoh kalau berjual di pasar, bagaimana seseorang penjual itu cuba menarik perhatian bakal pembeli? Dengan cara berteriak, menjerit dan sebagainya. Begitu juga dengan online cuma kita menggunakan kaedah menulis sahaja.

 

Di dalam penulisan iklan, ianya dipanggil Headline iaitu ayat paling atas atau terawal dalam post iklan tersebut. Headline sering disebut sebagai attention grabber yang akan dilihat oleh prospek selepas gambar. Antara fungsi utamanya adalah untuk menarik perhatian audiens untuk membaca ayat post yang seterusnya. Menurut pakar iklan dunia, kita hanya ada masa sekitar 3 ke 5 saat sahaja untuk menarik perhatian mereka untuk membacanya.

 

Takluk Emosi Prospek

Wujud kajian yang mengatakan faktor utama yang membuatkan orang membeli adalah 80% emosi dan 20% logik. Setuju tak?

Rata-rata penulis iklan bersetuju dan ianya telah terbukti. Jadi, bagaimana untuk mempengaruhi prospek dalam penulisan ayat iklan anda? Ada beberapa tips yang boleh saya kongsikan;

  • Kaji masalah utama prospek dan senaraikan selengkapnya kelebihan FAB (Features, Advantages & Benefit) yang relevan dengan prospek tersebut.
  • Buat case study, ceritakan secara storytelling untuk ajak prospek menyelami cerita anda itu.
  • Banyakkan testimoni keberkesanan produk. Manusia lebih percaya pada reccomendation terutamanya dari mereka  dah guna produk tersebut, dan berjaya. Emosi prospek pasti membuak untuk turut mencuba produk yang anda iklankan.

 

Nak buatkan prospek yakin juga bukan sesuatu yang mudah. Ada beberapa tips boleh kami sarankan yang sering digunakan dalam copywriting iaitu:

  • Bina keyakinan dan trust prospek dengan berkongsikan sesuatu yang bernilai terlebih dahulu seperti sampel, tips, konsultasi dan sebagainya. Bila dah yakin dan percaya, proses menjual menjadi semudah ABC.
  • Berikan jaminan seperti waranti, jaminan penggantian, refund, jaminan keberkesanan dan sebagainya. Ini akan buatkan mereka rasa lebih terjamin.
  • Letakkan koleksi beberapa variasi testimoni bagus. Lebih banyak testimoni yang tulen dan nampak bersahaja, ia akan lebih meyakinkan.
  • Masukkan maklumat seperti kelulusan KKM, nombor telefon, website, alamat premis dan sebagainya untuk tingkatkan keyakinan prospek untuk membeli.

 

 

Ramai yang kata ini paling susah untuk dibuat. Ya, ia memerlukan kita cuba dan cuba. Ada beberapa tips yang boleh cetuskan prospek bertindak untuk membeli dengan segera seperti berikut:

  • Berikan suatu tawaran kepada mereka supaya prospek rasa cepat nak membeli. Offer biar meleleh sehinggakan mereka rasa jika mereka tak beli dari anda, mereka akan rugi! Contohnya, diskaun harga, free gift, bonus dan sebagainya.
  • Masukkan elemen scarcity untuk cetuskan rasa takut dan kehilangan seperti mungkin takut stok habis, offer nak tamat dan sebagainya.
  • Ulangi jaminan bahawa pembelian mereka adalah berbaloi dari segi harga dan keberkesanannya untuk selesaikan masalah prospek dengan segera.
  • Berikan arahan yang jelas untuk prospek bertindak sama ada nak suruh mereka whatsapp, klik dan sebagainya. Rugi kalau anda dah penat tarik prospek tapi tak suruh pun mereka buat apa-apa.

 

Kesimpulan

Tim BOSS boleh nyatakan di sini bahawa dalam copywriting, inilah empat elemen utama yang perlu anda ambilkira dalam penulisan ayat iklan anda. Mudah je stepnya kan? Mulakan dengan tarik perhatian, kemudian mainkan emosi, yakinkan mereka dan akhir sekali arahkan mereka bertindak. Ikut flow itu ya.

Ini hanyalah sekadar perkongsian. Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat, mohon kongsikan dengan sahabat anda ya supaya lebih ramai faham tentang copywriting ni.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge