Semua Usahawan Wajib Manfaatkan Pemasaran Online

Pemasaran Online Di Mana Sahaja

Dalam situasi sekarang ini, semua orang senang berhubung, semua orang boleh mendapatkan maklumat secara senang, semua orang boleh menyuarakan pendapat secara terbuka. Inilah tren hidup masa kini. Dan inilah cara untuk kembangkan pemasaran online anda.

Saya nak tanya…

“Siapa sekarang ini yang tidak ada akaun Facebook? Ada yang masih tidak faham perkataan Google? Masih ada yang tidak pernah tengok video di Youtube? Tidak ada akaun email?” 

Anda sendiri boleh menjawab semua soalan di atas dengan senang walau berapa umur anda. Ini adalah dunia realiti yang kita sedang berada sekarang.

Jika anda beranggapan bahawa perniagaan atas talian dan pemasaran digital tidak penting serta tidak memberi impak pada perniagaan anda, sebenarnya anda telah secara sengaja meletakkan perniagaan anda dalam situasi yang merbahaya dan kritikal!

Fakta Pemasaran Online

Secara faktanya, mulai tahún 2014 jumlah iklan yang menggunakan medium internet telah mengalahkan iklan yang menggunakan medium pemasaran traditional seperti suratkhabar, tv dan radio.

Sebagai seorang usahawan, anda juga perlu sedar bahawa jumlah pengguna internet di Malaysia pada tahun 2017 telah mencecah angka 21.1 juta. Angka ini mewakili 68.5% dari 31.6 juta jumlah keseluruhan penduduk Malaysia.

Angka ini sedang meningkat naik dalam kadar yang amat pantas!

Sekarang kita telah masuk dalam era industri 4.0. Usaha menjadikan Malaysia sebagai peneraju era Revolusi Perindustrian Keempat (4.0), para usahawan bukan sahaja perlu memahami malah wajib menggunakan teknologi terkini dalam membantu perkembangan syarikart dan perniagaan yang dijalankan.

Ini kerana era ini teknologi digital adalah penggerak utama dalam era industri sekarang.

Siapa yang cuba lari atau menafikan pemasaran digital, mereka menempah jalan sukar dalam perniagaannya.

Oleh itu, peluang keemasan yang ada sekarang ini perlu diambil secara maksimum oleh para usahawan. Jadikan pemasaran digital antara agenda terpenting yang perlu diterokai dan diaplikasinya dalam membina, mengembang dan mengukuhkan perniagaan yang akan dan sedang dijalankan.

Para usahawan perlu sentiasa belajar dan perkemaskan setiap masa ilmu berkaitan pemasaran digital kerana perkembangannya begitu pantas. Cabaran teknologi pemasaran digital sekarang cepat ketinggalan dan diganti dengan teknologi-teknologi baru yang lebih canggih.

Siapa yang gagal ‘update’ ilmu dan perkembangan terkini pasti ketinggalan dan ianya pasti memberi kesan negatif kepada prestasi jualan dan perkembangan syarikat.

Selain ilmu tentang pemasaran digital, anda juga perlu perlengkapkan perniagaan dengan team dinamik dan mampu menghadapi perubahan yang mendadak.

Selain tenaga kerja atau team yang dinamik, anda juga perlu melabur modal dalam menggunakan software dan applikasi terkini dalam memudahkan proses pengurusan dan pemasaran serta jualan produk.

Barulah pemasaran online anda akan berkesan!