RAMAI USAHAWAN ADA MASALAH INI SEBELUM BERMULA

Masalah Usahawan…

Banyak kajian sudah dibuat, masalah ini memang dihidapi sebilangan besar usahawan sebelum mereka memulakan apa yang mereka nak usahakan.

Yang berjaya laluinya kebanyakannya dah berjaya.

Yang gagal atasinya, ramai yang masih kekal statik dan tak buat apa-apa.

 

Malu : Masalah atau Penyakit?

 

Ramai yang ada masalah malu ni. Orang Malaysia khususnya Melayu memang terkenal sebagai golongan yang pemalu. Namun tak salah jikalau malu, masih kategori manusia normal. Cuma malu biarlah bertempat.

 

Kalau malu nak melakukan perkara yang memudaratkan, mungkin tak mengapa. Tapi jika malu melakukan perkara yang membawa kepada keuntungan diri dan kebaikan,itu dah lain ceritanya.

 

Kalau diteliti, kita sudah diasuh untuk menjadi kurang malu sejak kecil lagi melalui amalan hidup bermasayarakat dan sistem pendidikan. Mungkin kita antara sedar ataupun tidak. Kita dilatih untuk sapa-menyapa, ber’ice breaking’, volunteering, public speaking, buat presentation dan sebagainya.

 

Namun bila dah besar panjang, masih agak malu lagi.

 

Di sini Tim BOSS ingin mengambil peluang untuk memberikan 3 Tips Untuk Atasi masalah usahawan ini iaitu MALU:

 

Tips 1 – Sedikit Demi Sedikit

 

Perasaan malu ni tak boleh dihilangkan terus. Menurut ahli psikologi, untuk mengurangkan perasaan malu perlukan masa dan perlu dibuat sedikit demi sedikit.

 

Contohnya, anda tak pernah bercakap di khalayak ramai yang penuh satu dewan. Mungkin anda boleh mulakan bercakap secara online (FB Live), kemudian bercakap pula kepada sekumpulan kecil dan seterusnya kumpulan yang lebih besar. Insyaallah nanti berkuranglah malunya.

 

Tips 2 – Pelakon Terbaik

 

Ini tips dari salah seorang guru saya, jadilah pelakon yang terbaik. Cuba lihat dunia artis dan selebriti, hakikatnya ramai mereka yang tidak sama kehidupannya dalam dunia sebenar dan dunia lakonan. Ada yang dalam drama karektornya ‘happy semacam’ tetapi sebenarnya mereka jenis berperibadi introvert.

 

Percayalah, tak semua orang tahu yang anda ni pemalu orangnya. Bina karektor anda, jadilah apa yang anda nak jadi. Ambil satu role model dan cuba berlakon menjadinya. Lama kelamaan malu itu akan hilang.

 

Tips 3 – Pedulikan Orang Lain  

 

Salah satu punca utama perasaan malu timbul adalah kerana terlalu fikirkan apa yang orang lain fikirkan.

 

“Apa pulak kawan-kawan office kata kalau aku jual obat kuat ni…”

 

Jangan terlalu berfikiran negatif, cuba fikirkan sebaliknya ke arah yang lebih positif. Mungkin apa yang akan kita kongsikan itu memberi manfaat dan membantu seseorang. Ya, tak semua akan sukakan apa yang kita buat…

 

Muka Tak Tahu Malu

 

Kalau benar anda nak berubah dan kecapi apa yang anda inginkan, anda kena singkirkan perasaan malu tu dari dalam diri anda. Mulakan sekarang, seorang usahawan itu kena bermuka tebal, muka tak tahu malu.

 

Jangan jadikan perasaan malu tu sebagai penyekat jalan anda menuju kejayaan. Jika anda rasakan artikel ini menarik, silakan share untuk kita sama-sama kongsikan manfaatnya. Terima kasih ya atas kesudian membaca.