NAK KERJA DARI RUMAH? IKUT 5 TIPS INI.

Nak kerja dari rumah? Bunyi macam senang, umpama seorang boss kan? Tapi sebenarnya, tak ramai yang mampu bekerja dari rumah. Ramai yang cuma bertahan beberapa bulan sahaja kerana gagal merancang.

Apa yang menyebabkan sukarnya bekerja dari rumah?

 

  • Suasana yang sangat berbeza di rumah berbanding dengan pejabat.

 

  • Banyak gangguan seperti pengurusan masa, keluarga dan sebagainya.

 

  • Faktor malas.

 

Tetapi adalah tidak mustahil untuk bekerja dari rumah. Dalam artikel ini, Tim BOSS akan berikan 5 tips kepada mereka yang bercadang nak bekerja dari rumah.

 

Tentukan Ia Mampu Dibuat

 

Tak semua pekerjaan mampu dikerjakan dari rumah terutamanya jika ia perlu dilaksanakan di ruang pejabat atau perlu bertemu dengan ramai orang. Nanti rumah anda akan bertukar menjadi pejabat atau kedai pula!

 

Pekerjaan yang sesuai mungkin seperti telemarketing, pembungkusan ataupun perkara yang memerlukan kerja-kerja atas talian.

 

Ada Ruang Tersendiri di Rumah

 

Banyak faktor gangguan jika bekerja dari rumah. Oleh itu, anda wajar mempunyai ruang khas yang tersendiri untuk bekerja. Jika anda tidak mempunyai bilik tambahan atau ruang yang cukup untuk dijadikan ruang kerja anda, untuk permulaan dapatkan meja kerja khas yang sesuai serta kelengkapan kerja yang minima. Yang penting anda sudah ada tempat khas untuk buat kerja.

 

Rancang Jadual Kerja

 

Ramai yang gagal kerana tidak merancang jadual kerja harian dan mingguan. Jangan terlampau selesa bekerja di rumah, ia memerlukan disiplin yang hebat. Anda perlu aturkan jadual kerja seperti di pejabat juga. Ada masa untuk masuk kerja, berehat, lunch, mesyuarat dan tamat kerja. Anda juga perlukan hari cuti ya.

 

Talian Internet Yang Baik

 

Zaman moden ini, bukan mustahil untuk bekerja di mana-mana pelusuk dunia asalkan kawasan tersebut mempunyai talian internet yang baik. Bonus kalau talian internet anda laju, ia akan sangat membantu. Ini kerana kebanyakan aktiviti kerja di rumah berlaku secara online.

 

Pengurusan Masa

 

Mungkin pada awalnya, bila bekerja dari rumah anda fikir masa adalah milik anda. Namun hakikatnya, anda masih akan dihambat masa. Pastikan anda uruskan masa dengan sewajarnya untuk bekerja, bersosial dan berkeluarga. Ikut jadual kerja yang anda dah buat supaya masa anda tidak terbazir dengan aktiviti yang sia-sia.

 

Sekian sahaja 5 tips untuk perkongsian kali ini. Diharapkan dengan tips ini dapat membantu mereka yang ingin memulakan kerja dari rumah.

 

Jika anda rasakan artikel ini menarik, silakan share untuk kita sama-sama kongsikan manfaatnya. Terima kasih ya atas kesudian membaca.