Pening! Tak Ada Idea Nak Jual Apa di Facebook?

Nak Jual Apa di Facebook

Keghairahan nak mula bisnes sering ‘terkandas’ bila kita tak dapat nak fikir apa benda yang nak dijual di Facebook. Walaupun produk bukanlah perkara utama untuk mulakan bisnes, tapi bagi mereka yang baru nak mula, ianya maha penting!

Bercakap tentang produk, produk tersebut mestilah suatu produk yang mampu SELESAIKAN MASALAH dan mampu MEMENUHI KEINGINAN prospek kita. Kalau boleh, biarlah kita ikut trend semasa produk yang laku keras di pasaran.

Di sini saya kongsikan 5 produk yang boleh diniagakan di Facebook.

 

Produk Sendiri

Memang satu kelebihan kalau anda ada produk sendiri untuk dijual.  Anda sendiri yang kawal harga dan 1001 benda yang berkaitan dengan produk tersebut. Tak kisah samada produk fizikal atau digital, menjual produk sendiri lebih getir cabarannya kerana mungkin hanya anda penjual tunggal dalam pasaran (jika belum pasang agen jualan).

 

Produk Dropship

Jika anda tidak mempunyai produk yang sendiri untuk dijual, anda boleh memilih untuk menjadi agen kepada mana-mana usahawan untuk menjual produk mereka. Anda ibarat orang tengah di antara penjual dan pembeli. Banyak kelebihan menjadi agen dropship ini seperti yang saya terangkan sebelum ini.

 

Produk Affiliate

Sekiranya anda tidak mempunyai produk sendiri, anda juga boleh menjual produk orang lain dengan menyertai program affiliate. Di sini anda juga bertindak sebagai agen yang menjual dan mempromosikan produk orang lain dan menerima komisyen bagi setiap jualan.

 

Produk Borong/Pre Order

Ianya lebih kurang sama seperti dropship, tetapi anda perlu kumpulkan pesanan terlebih dahulu dan membuat tempahan kepada supplier. Pastikan supplier anda itu seorang yang reliable bagi mengelak sebarang penipuan dan scam.

 

Servis & Perkhidmatan

Anda juga boleh menawarkan servis dan perkhidmatan orang ramai. Lebih bagus jika anda ada suatu kelebihan atau kepakaran yang orang cari-cari. Jika anda ada kepakaran tertentu atau servis yang anda buat itu spesifik atau ‘rare’, anda boleh letak harga tinggi.

 

Saya harap lepas baca artikel ni, datanglah idea-idea yang bernas mengenai produk untuk dijual. Nak Jual Apa di Facebook tak jadi masalah lagi. Semoga perkongsian ini bermanfaat.