NAK BUAT FB ADS? SIAPKAN DULU BENDA-BENDA NI…

Nak buat FB Ads? Kena kenal dan tahu dulu FB Ads tu apa. Kalau anda masih kurang jelas mengenai FB Ads, boleh baca artikel terdahulu yang Tim BOSS dah kongsikan di sini ya. Orang kata, “tak kenal maka tak cinta…”

 

Sebenarnya nak buat FB Ads mudah saja bagi yang dah biasa online. Namun bagi yang pertama kali nak cuba atau kepada mereka yang baru kenal online dan dan baru nak berfesbuk, mungkin agak keliru pada awalnya.

 

Kali ini Tim BOSS nak bantu anda senaraikan beberapa keperluan penting yang perlu ada sebelum nak buat FB Ads. Mungkin anda rasa senarai ini agak remeh, namun hasil pengalaman Tim BOSS dalam beberapa sesi kelas dan bengkel sebelum ni masih ramai yang kurang bersedia untuk memulakan FB Ads.

 

Keperluan Asas

 

Talian Internet

Sudah semestinya anda memerlukan talian internet yang stabil untuk akses kepada Facebook. Talian yang terganggu akan menyebabkan proses beriklan anda menjadi kurang lancar dan berlakunya lagging. Jika tiada talian internet di rumah, anda boleh gunakan hotspot menggunakan mobile data atau berkunjung sahaja ke Cyber Cafe.

 

Akaun Email

Setiap satu akaun Facebook memerlukan satu alamat email yang khusus, di mana alamat email ini akan diperlukan semasa hendak akses ke akaun Facebook anda nanti. Antara penyedia email yang kami sarankan adalah Gmail yang disediakan secara percuma oleh Google.

 

Akaun FB

Anda wajib ada akaun Facebook di mana terdapat satu akaun ads untuk satu profail Facebook. Jika anda masih belum memiliki akaun Facebook, boleh buka akaun di sini.

 

Facebook Page

Selain akaun profail Facebook, anda juga perlukan Facebook Page atau Fanpage untuk membuat iklan. Ia dianggap seperti kedai atau tapak untuk kempen pengiklanan anda. Satu akaun profail Facebook boleh membuka banyak fanpage. Cipta Fanpage anda sekarang di sini.

 

Kemahiran Internet

Anda wajar memiliki sedikit kemahiran internet, tiada masalah kepada mereka yang selalu online. Tetapi mungkin sedikit masalah kepada mereka yang masih baru dan takut untuk mencuba. Antara kemahiran yang diperlukan adalah untuk membiasakan diri dengan Facebook, update status, upload gambar dan beberapa perkara asas lain.

 

Kaedah Pembayaran

Terdapat beberapa kaedah pembayaran yang boleh digunakan untuk membuat pembayaran secara online kepada Facebook. Anda boleh gunakan kad debit, kad kredit atau perbankan online.

 

Telefon dan Maklumat Peribadi

Sebagai back-up, anda perlu sediakan nombor telefon dan maklumat peribadi sekiranya diperlukan oleh pihak Facebook sebagai pengesahan kepada akaun Facebook anda. Facebook kini sedang giat memburu akaun-akaun palsu dan akaun berganda.

 

Keperluan Tambahan, Bonus Kalau Ada!

 

Aplikasi Smartphone

Terdapat beberapa aplikasi smartphone yang boleh membantu memudahkan anda memantau prestasi iklan. Antara yang Tim BOSS syorkan adalah Facebook Pages Manager untuk menguruskan page anda dan Facebook Ads Manager untuk menguruskan iklan anda. Boleh cari dan install aplikasi ini dari Google Playstore anda.

 

Copywriting

Jika anda sebagai agen dropship, boleh gunakan bahan iklan yang diberikan oleh vendor anda tapi ia kurang disukai oleh Facebook dan iklan anda akan nampak biasa-biasa sahaja. Bagus jika anda ada kemahiran menulis copywriting, iklan anda akan nampak lain dari yang lain. Paling kritikal adalah menulis headline anda sendiri.

 

Edit Gambar

Seperti juga copywriting, bagus jika anda mampu membuat sedikit ubahsuai atau mencipta grafik anda sendiri. Ini akan lebih menonjolkan iklan anda berbanding pesaing yang lain. Ada banyak aplikasi mengedit gambar yang boleh diakses percuma di internet dan di smartphone. Contohnya seperti Canva, PicsArt, VSCO, Pixlr dan sebagainya. Malah anda boleh saja guna perisian powerpoint yang sedia ada dalam laptop anda!

 

Ilmu FB Ads

Kalau nak pergi lebih jauh dengan FB Ads, anda wajar ada ilmu FB Ads. Ia akan bantu pengiklanan anda menjadi lebih efektif dan advance. Jika gunakan settings dan data yang betul anda mampu ‘tembak’ sasaran audiens yang sangat tepat. Antara ilmu FB Ads yang advanced adalah seperti retargeting, custom audience, dan beberapa objektif iklan yang khusus.

 

Kesimpulan

 

Secara asasnya, keperluan di atas adalah beberapa keperluan kritikal yang perlu untuk memulakan kempen iklan FB Ads. Ianya khusus untuk bermula dan guna, namun untuk sesuatu iklan itu berjaya ada banyak faktor lain yang perlu dipertimbangkan. Tim BOSS akan kongsikan di masa yang akan datang ya.

 

Jemput share artikel ini supaya lebih ramai orang dapat manfaatnya.