5 Cara Marketing Kos Rendah Untuk Dropship

MARKETING atau gerak kerja pemasaran adalah penting untuk bisnes anda. Walaupun anda hanya sekadar agen dropship, ini bukan bermakna anda menyerahkan 100% hal pemasaran kepada dropshipper atau supplier anda.  Pada level ini mungkin fokus marketing mereka hanyalah untuk brand awareness. Oleh itu, anda sebagai agen dropship perlulah susun pelan dan strategi untuk menjual.

Walaupun ada banyak tools marketing di luar sana, masih ramai agen dropship yang gagal menjual disebabkan tidak melakukan kempen pemasaran. Tools pemasaran ini ada yang berbayar dan ada yang percuma. Rata-rata agen dropship memilih menggunakan teknik pemasaran tanpa kos (percuma) kerana masalah dana pemasaran.

Sebenarnya tiada masalah untuk menggunakan tools atau cara pemasaran percuma ataupun yang berkos rendah. Berikut adalah 5 cara marketing yang nak dikongsikan:

 

Teknik KFC

KFC! Teknik ni dikongsikan kepada saya oleh seorang Jutawan Perfume tak lama dahulu. Teknik ini wajar digunakan di peringkat awal memulakan kempen pemasaran. KFC bukannya ayam goreng tetapi bermaksud mempromosikan kepada kawan, famili dan clique. Ketiga-tiga golongan ini seharusnya rapat dengan anda, ada connection dan mungkin boleh dipengaruhi oleh anda.  Dengan mula menjual kepada mereka ini juga boleh membantu merobohkan tembok malu dan takut yang sering jadi penghalang utama. Manfaatkannya sebagai latihan pertama menjual.

 

Kuasa Komuniti

Kemudian, anda tak perlu pergi jauh. Dekati komuniti anda samada secara online atau offline. Lihat di sekitar anda dan manfaatkan mereka. Pergilah sertai komuniti di sekitar anda, cuba ketahui masalah mereka dan cari connection dengan bisnes anda. Mana tahu bakal pelanggan anda hanya di depan pintu rumah anda kan…

 

Kolaborasi

Kolaborasi yang saya maksudkan adalah Joint Venture (JV). Tak semestinya anda harus bergabung dengan bisnes lain atau cari partner baru. Mungkin hanya sekadar bertukar flyers atau menumpang produk di rak jualan. Atau mungkin juga mereka sedang mencari produk dalam niche anda untuk dipakejkan sekali dengan produk atau servis yang mereka tawarkan.

 

Referral

Cara ini acapkali sangat berkesan. Ia sering disebut sebagai promosi dari mulut ke mulut (word of mouth – wom). Galakkan pelanggan anda membuat referal atau rekemenkan bisnes anda kepada KFC mereka. Jika produk anda berkesan dan ada kualiti, pelanggan biasanya tak ada masalah nak berkongsi. Anda juga boleh tawarkan komisyen atau berikan hadiah atas setiap referral yang berjaya. Ini adalah salah satu cara promosi konvensional yang proven.

 

Berikan Diskaun

Tarik perhatian pelanggan dengan memberikan diskaun atau baucer atas pembelian berulang. Mereka sukakan diskaun dan rasa dihargai atas kesetiaan mereka. Antara kaedah terbaik yang sering digunakan adalah pemberian setem untuk setiap pembelian, dan setem ini dikumpul untuk satu diskaun yang lebih tinggi atau hadiah. Ada juga yang gunakan kaedah pengumpulan point untuk diberikan rewards.

 

Baiklah, sekian sahaja 5 cara marketing kos rendah untuk perkongsian pada kali ini. Di peringkat awal pemasaran, gunakan cara percuma atau kos rendah dahulu. Kemudian, kembangkan pemasaran anda kepada kaedah yang berbayar pula.