Jangan Risau Kalau Anda Dalam Kategori ‘BBNU’

Usah risau kalau anda masih newbie, atau jatuh dalam kategori ‘Budak-Budak Baru Nak Up’. Kerana realitinya, semua orang dah berjaya bermula dari seorang newbie.

 

Yang Penting Kita Dah Mula

 

Tim BOSS dah jumpa dengan ramai orang yang berjaya dalam pelbagai bidang.  Apakah persamaan di antara mereka ini? Persamaan di antara mereka adalah:

 

  • Para OTAI bermula dari NEWBIE.
  • Yang SIFU bermula dari ZERO KNOWLEDGE.
  • Yang JUTAWAN bermula dari BIASAWAN 🙂

 

Mereka juga pada awalnya bermula seperti anda. Tak ada siapa yang lahir-lahir terus pandai. Tak semua yang buat sesuatu terus berjaya, masing-masing ada kisah jatuh bangun yang tersendiri.

 

Langkah Pertama

 

Bagaimana nak berjaya? Mulakan dengan langkah yang pertama iaitu dengan mencari ilmu. Tak kisahlah sama ada mencari ilmu percuma atau berbayar, paling afdal adalah dengan pergi berguru. Tapi, paling penting juga yang perlu selari dengan menimba ilmu adalah TINDAKAN.

 

Tak ada gunanya ilmu penuh di dada tapi tak buat apa-apa. Paling penting adalah tindakan kerana dari tindakanlah datangnya pengalaman. Ini menjadikan ilmu itu lebih berharga.

 

Kenapa Masih Tak Bermula

 

Pernah tak anda jumpa, seseorang yang dah banyak ilmu tapi masih tak bermula terutamanya dalam berniaga? Cukup susah nak melakukan tindakan…

 

Berdasarkan satu kajian yang telah dibuat, sebab yang paling utama adalah TAKUT MELAKUKAN KESILAPAN. Fikir punya fikir, masih lagi tidak bermula sebab takut gagal dan buat tak menjadi.

 

Tak mustahil, semua manusia buat silap terutamanya dalam bisnes. Usahawan tidak akan jadikan kesilapan sebagai halangan tetapi menganggapnya sebagai cabaran dan pemangkin untuk jadi lebih berjaya. Inilah usahawan yang sebenar!

Baca mengenai ciri-ciri usahawan sukses di sini.

 

FORMULA

 

Jadi, kalau anda masih dalam kategori BBNU, bagaimana nak lekas berjaya? Apa yang Tim BOSS boleh dirumuskan di sini adalah seperti berikut:

 

  1. Kita perlukan ilmu untuk bertindak.
  2. Tindakan kita mungkin berhadapan dengan kegagalan.
  3. Ubah mana yang perlu dan jangan ulangi kesilapan.
  4. InsyaAllah berjaya.

 

Percayalah, selagi tak bertindak dan buat silap, selagi itulah kita masih sukar nak berjaya.