Ekonomi Anda Tak Sihat? Ada 2 Pilihan Untuk Anda.

Kalau anda demam, nak buat apa?

Kalau anda seorang yang normal, mesti jawapannya nak cari ubat kan? Terpulanglah samada nak beli panadol di KK Mart, pergi klinik atau farmasi. Mesti kita nak solusi untuk melegakan sakit kita tu.

Begitu juga kalau ekonomi kita tak sihat. Tak perlu fikir jauh, lihat diri kita sahaja. Ramai yang menghidap simptom-simptom ni:

  • Gaji singgah sekejap sahaja di akaun bank.
  • Belenggu hutang keliling pinggang.
  • Bil-bil tertunggak.
  • Dan banyak lagi…

Makin hari, kos sara hidup kian meningkat berbanding kadar pendapatan. Kalau dulu orang kata harga barang naik sebab harga minyak naik. Tapi bila harga minyak turun, harga barang ‘maintain’ sahaja.

Ekonomi Anda Tak Sihat? Ada 2 Pilihan Untuk Anda.

Berjimat Cermat.

Ini solusi sejak dulu lagi yang semua orang boleh buat. Kurangkan perbelanjaan kepada hanya yang benar-benar perlu sahaja. Ada yang terpaksa mengikat perut anak dan bini untuk survival hidup.

Memang bagus berjimat cermat, tapi sampai bila? Adakah kos sara hidup ni akan menurun nanti? Kalaulah sekalipun ia turun, pasti sedikit, takkan berkali ganda seperti ia naik.

Tambah Pendapatan.

Ramai yang semakin berarah kepada cara ini. Menambah satu atau lebih sumber pendapatan lain selain dari sumber pendapatan hakiki. Mungkin memenatkan sedikit tapi berapa ramai yang sanggup lihat diri dan keluarga hidup tak selesa.

Nantikan perkongsian akan datang tentang cara bagaimana nak menambah pendapatan pula.