DUIT TAK CUKUP SETIAP BULAN? KENAPA YA…

Hmm… Selalu Ke Duit Tak Cukup?

Bila duit tak cukup, banyak masalah akan timbul. Ramai ‘orang kita’ ada masalah kewangan ini. Ada satu kajian yang menunjukkan  bahawa masalah kewangan adalah faktor paling utama yang menyebabkan stress dan sering mengganggu fikiran dan kehidupan. Ada yang alami masalah ini secara bermusim. Paling padah kalau tiap-tiap bulan tak cukup duit. Kesudahannya, sampai berhutang demi keperluan hidup. Ada yang gali lubang tutup lubang. Akhirnya terjerat dengan masalah hutang keliling pinggang.

 

Kali ini Tim BOSS nak berkongsi sikit mengenai masalah kesempitan duit yang banyak melanda terutamanya  golongan belia pada masa kini.

 

KEBERKATAN

Dalam Islam keberkatan  rezeki itu amat dititikberatkan. Pernah tengok tak, orang yang  bergaji kecil tetapi mampu menyara keluarga yang besar. Sebenarnya banyak juga aspek lain yang perlu diambil kira. Namun, jika rezeki berkat, sedikit pun dah cukup kan. Pernah dengar tak kata-kata ini?

Rezeki yang berkat, sedikitnya cukup. Banyaknya boleh diagih-agihkan. Manakala rezeki yang tidak berkat, sedikitnya tidak cukup, banyaknya tidak puas. Umpama meminum air laut, semakin diminum semakin haus…

Sebaiknya kita muhasabah diri, bedah segala amalan dan kewangan kita. Di sini kami nak kongsikan 5 Perkara Yang Mungkin Menghalang Keberkatan Rezeki kita:

1. Berkira-kira

Mungkin sifat kedekut atau sangat berkira-kira dengan ibubapa, keluarga, isteri dan anak-anak. Kata Ulama, adakah kita sudah cukup berbakti kepada orang tua? Inilah antara asbab Allah menyempitkan rezeki kita. Begitu juga dengan keluarga, adakah kita membahagiakan mereka. Janganlah terlalu lokek kerana Allah pasti akan gantikan dengan rezeki yang tak disangka-sangka.

2. Sikap/Attitude

Faktor yang paling sukar nak diubah adalah sikap atau attitude. Sikap seperti malas menyimpan dan boros berbelanja sangat teruk padahnya. Tukar atau kawal mindset. Gaji bukanlah semata-mata untuk dibelanjakan. Jika boros berbelanja di masa gaji memanglah poket akan kering di tengah bulan. Terpaksa pula keluarkan simpanan atau meminjam untuk ‘sustain’ sehingga gaji berikutnya. Mindset yang betul, sikap yang positif akan menentukan tindakan yang wajar.

3. Celik Kewangan

Cari ilmu kewangan. Belajarlah uruskan wang secara berhemah. Jika dah sedar poket selalu kering di tengah bulan, carilah jalan dan perbaiki kewangan anda. Bukan hanya berserah hinggakan hutang membukit. Amalkan tabiat menyimpan walau sedikit kerana disiplin ini mendidik kita mengurus wang.

4. Merungut-rungut

Jangan suka mengeluh atau merungut-rungut saja tentang status ekonomi anda. Tingkatkanlan usaha dan berdoa agar keadaan anda berubah. Memang wang bukan segala-galanya, tetapi dunia hari ini segala-galanya perlukan wang.

5. Kurang Bersyukur dan Memberi

Ramai antara kita ni kurang bersyukur dengan apa yang kita miliki. Bersyukurlah bila mendapat yang banyak mahupun yang sedikit. Jangan lupa pula untuk memberi dan bersedekah. Bukan tunggu kaya baru nak memberi pula ya.

Sekian perkongsian untuk kali ni. Jemput-jemputlah share kalau bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge