BAGAIMANA NAK BUAT PEMASARAN FB ADS?

Teknik Pemasaran FB Ads

 

Sebelum berlakunya jualan, usahawan wajar melakukan aktiviti-aktiviti pemasaran supaya bakal pembeli kenal dan berminat dengan produk atau servis yang ditawarkan. Dua pilihan kaedah pemasaran yang ada adalah pemasaran percuma (zero cost marketing) dan pemasaran berbayar (paid advertising). Kali ini, Tim BOSS akan kongsikan mengenai salah satu kaedah pemasaran berbayar yang popular iaitu Pemasaran FB Ads.

 

Menurut satu artikel Berita Harian, pemasaran FB Ads menjadi pilihan majoriti pengiklan di dunia berikutan data yang menunjukkan peningkatan keuntungan sebanyak 79 peratus pada suku berakhir 30 September 2017 berbanding suku yang sama tahun sebelumnya.

 

Apa Itu FB Ads?

 

Ramai di kalangan newbies teringin nak mencuba namun masih kurang jelas mengenai FB Ads. Antara persoalan yang timbul adalah seperti berikut:

 

“Berapa kena bayar?”

“Berbaloikah guna?”

“Berapa sales boleh dapat?”

“Susah ke buat?”

 

…dan banyak lagi soalan-soalan lain…

 

Sebenarnya FB Ads adalah singkatan kepada Facebook Advertising iaitu anda beriklan menggunakan kemudahan yang disediakan oleh Facebook kepada pengguna-pengguna Facebook. FB Ads akan membantu mempromosikan dan menyebarkan maklumat atau iklan anda dengan lebih pantas, mudah dan efektif.

 

Kenapa Perlu Guna FB Ads?

 

Mengikut statistik dari internetworldstats berakhir Jun 2017, seramai 24.5 juta penduduk Malaysia adalah pengguna internet manakala lebih 19 juta dari mereka memiliki akaun Facebook. Dengan bilangan pengguna yang ramai ini, ternyata Facebook adalah antara medium terbaik untuk anda beriklan.

 

Berikut adalah 5 sebab kenapa anda kena guna FB Ads:

 

1 – Kos Efektif

Kos iklan akan lebih berbaloi dengan results yang anda terima bergantung kepada objektif iklan yang telah anda tentukan. Setiap kos yang dilaburkan juga mampu diukur keberkesannya.

 

2 – Targeted Audience

Anda boleh sasarkan iklan anda kepada audiens yang tepat mengikut customer avatar yang anda dah kaji. Istilah yang sering digunakan adalah seperti sniper dan sharpshooter. Jadi tak perlu risau iklan anda tersasar kepada audiens yang tak sepatutnya.

 

3 – Mudah

Secara teknikalnya, cara untuk setting ads adalah standard dan sama sahaja. Banyak panduan langkah demi langkah ada disediakan secara percuma. Pengiklan yang kategori newbie pun mampu buat.

 

4 – Cepat

Iklan FB Ads boleh dibuat dengan pantas, hanya dengan beberapa klik dan settings sahaja. Namun jika anda tidak ada data seperti audiens dan interest yang hendak disasarkan, mungkin akan mengambil masa.

 

5 – Pelaporan

Anda boleh pantau dan jana laporan serta data bagi setiap iklan yang anda jalankan dan juga setiap sen yang anda belanjakan. Dengan ini anda boleh lihat prestasi dan keberkesanan iklan yang anda jalankan.

 

 

Bagaimana Nak Guna?

 

“Baiklah, sekarang bagaimana saya nak jalankan iklan FB Ads ini?”

Sebenarnya ada dua cara utama iaitu dengan menggunakan teknik Boost Post dan CAT (Create Ads Tools). Kami tak tunjukkan secara details teknik-teknik ini dalam artikel ini, tapi kami akan belanja tutorial iklan ini dalam artikel yang akan datang.

 

 

Siapa Yang Patut Guna?

 

Teknik pemasaran ini sangat sesuai buat mereka yang bergelar usahawan, tak kiralah anda buat bisnes secara online atau offline. Ia mampu bantu kembangkan pemasaran anda sehingga 3 kali ganda berbanding teknik konvensional yang lain.

 

Paling terbaik jika anda gabungkan teknik ini dengan teknik-teknik pemasaran yang lain yang ada secara online dan offline. Potensi pelanggan anda akan nampak iklan anda di mana-mana. Ini dipanggil integrated marketing.

 

 

Kesimpulan

 

Jika anda masih belum guna FB Ads, mungkin anda dianggap sedikit ketinggalan. Ambil kesempatan sementara ia masih berbaloi untuk digunakan. Jimat sebenarnya jika anda gunakan dengan cara yang betul…

 

Sekian sahaja untuk kali ini, semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk anda. Jika anda rasakan artikel ini boleh berikan manfaat kepada orang lain, sila klik SHARE untuk berkongsi ya!

 

PS: Biar lebih ramai yang tahu pasal FB Ads 🙂