BACK 2 BASIC: APA ITU BISNES DROPSHIP?

Apa Itu Bisnes Dropship?

Tim BOSS telah menulis beberapa artikel mengenai dropship sebelum ini, namun kami dapati masih ada lagi pembaca yang kurang arif mengenai asas dropship yang sebenarnya.

Antara yang buat ramai tertanya-tanya;

 

“Apa benda Dropship Ni? Macam susah nak buat”

“Apa sebenarnya Dropship dan Vendor? Bunyi sangat teknikal!”

“Bagaimana nak buat?”

“Apa potensi Bisnes Dropship ni?”

 

Dalam artikel kali ini, jom kita kenali asas-asas dropship ini dengan lebih mendalam.

 

Asas Dropship

Dropship adalah satu model bisnes yang fokus kepada produk fizikal. Secara asasnya anda sebagai agen dropship akan bertindak sebagai wakil jualan. Terdapat 3 pihak yang terlibat seperti berikut:

 

Pembekal – Dikenali sebagai dropshipper atau vendor yang memiliki produk yang diniagakan.

Agen Dropship – Anda bertindak sebagai wakil penjual kepada vendor.

Pelanggan – Mereka yang berhubung terus dengan anda untuk membeli.

 

Anda ibarat orang tengah diantara vendor dan pembeli. Dalam model bisnes dropship ini, anda perlu mendaftar dan mempromosikan produk dari vendor. Ada vendor yang mengenakan bayaran pendaftaran dan ada vendor yang boleh mendaftar secara percuma. Malah ada vendor yang mensyaratkan agen dropship untuk membeli produk terlebih dahulu untuk melayakkan menjadi agen.

 

bisnes dropship

 

Yang menariknya model bisnes dropship ini adalah anda tidak perlu membeli atau menyimpan stok. Anda akan diberikan listing harga yang lebih rendah dari harga pasaran. Anda juga selalunya akan diberikan bahan pemasaran seperti info produk, gambar, testimoni dan ayat jualan untuk membantu promosi. Jika ada latihan diberikan, itu adalah bonus!

 

Contoh Flow Dropship

1.  Azwan(agen dropship) mempromosikan produk Detox Slimmo dariSyarikat ABC (vendor).

2.  Harga agen dropship adalah RM50.00 manakala harga di pasaranadalah RM90.00.

3.  Azwanmembuat promosi di FB dan berjaya mendapat satu jualan dariAmin (pembeli).

4.  Amin membayar sebanyak RM90.00 ke dalam akaun Azwan. Selepas ituAzwanmenghantar maklumat pesanan dan mendepositkan RM50.00 ke akaun Syarikat ABC. Azwan menyimpan baki RM40.00 sebagai keuntungannya.

5.  Syarikat ABC membuat penghantaran kepada Amin.

 

Kelebihan & Kekurangan

Bisnes dropship ni juga ada kelebihan dan kekurangannya, seperti juga model-model bisnes lain. Terpulanglah kepada mereka yang berkecimpung dalam dropship ini untuk mengadaptasi kelebihan ini sebagai satu advantages dan memperbaiki segala kekurangan yang ada.

 

Kelebihan Dropship

  • Margin keuntungan tinggi
  • Instant income
  • Asah skil bisnes
  • Bina kredibiliti sebagai penjual
  • Ada database
  • Tak perlu kemahiran teknikal tinggi

 

Kekurangan Dropship

  • Perlu support berterusan dari vendor
  • Saingan agak tinggi
  • Kena layan karenah pelanggan
  • Tiada closing maka tiada sales!

 

Sepertimana penulisan Tim BOSS sebelum ini, walaupun bisnes dropship ini nampak mudah, jangan terlalu ambil mudah. Anggap ia sebagai satu bisnes yang sebenar dan rancang untuk jangka panjang.

Jika anda rasakan artikel ini menarik, silakan share untuk kita sama-sama kongsikan manfaatnya. Terima kasih ya atas kesudian membaca.