Anda Newbie? Baca Dulu Sebelum Mula Bisnes Online.

Artikel ini ditulis khas untuk Newbie yang nak mulakan bisnes online.

BACA INI DULU SEBELUM ANDA MULA BISNES ONLINE. 

Seorang Newbie yang baru nak mula dalam bisnes online pasti ada banyak perkara yang bermain di dalam kepalanya. Ada dua jenis newbie yang sering saya jumpa iaitu newbie yang kosong (belum ada ilmu bisnes online) dan newbie yang sudah berilmu. Kadang-kadang yang berilmu ini juga ada masalah nak bermula disebabkan ‘Information Overload’.

 

Baiklah, apakah yang patut kita fikir-fikirkan sebelum memulakan bisnes online?

 

1.  Kenali Diri Anda.

Majoriti mereka yang buat bisnes online ni sudah ada pekerjaan lain, atau dalam ertikata lain ‘bisnes online sekadar part time’. Jika anda buat bisnes ini secara sampingan, anda perlu juga lihat kemampuan anda. Melalui pengalaman penulis, golongan yang buat bisnes online part time ini perlu bijak bahagikan masa. Ada beberapa perkara yang anda perlu pertimbangkan juga:

  • Minat dan kemahiran IT? Nama pun dah bisnes online kan, jadi anda kenalah ada sedikit kemahiran IT. Jika tiada, banyaklah yang anda perlu pelajari.
  • Masa untuk online? Adakah anda boleh peruntukkan masa untuk online bagi menguruskan bisnes anda?
  • Niche yang diminati? Bagus jika ada satu niche yang boleh anda fokus dan mahirkan. Contohnya niche kesihatan, kecantikan atau kerjaya.
  • Pengalaman menjual? Sebagai agen dropship atau affiliate, kemahiran ini perlu ada. Ia boleh dipelajari dari masa ke semasa.

 

2.  Terokai PotensiAnda.

Masa di peringkat pertama tadi, bagus kalau anda senaraikan kelebihan yang anda miliki. Kemudian lihat mana satu yang paling anda minat atau berkebolehan. Fokus pada satu terlebih dahulu. Mungkin anda ada bakat menulis, ada pengetahuan dalam bidang kesihatan, minat buat dropship atau ada pengalaman buat affiliate.

 

Contohnya, jika anda ada kemahiran menulis dan nak cuba buat dropship. Mungkin anda boleh buat penulisan sendiri secara copywriting atau product review? Kalau anda sebagai agen dropship, pandai menulis adalah satu kelebihan.

 

3.  Kenali Bisnes Anda.

Kami di Tim BOSS amat sarankan anda bermula dengan modal yang rendah. Antara model yang sesuai adalah dropship dan affiliate di mana anda akan bertindak selaku agen. Ada dua perkara penting yang anda perlu tahu iaitu:

  • Siapa vendor atau penganjur affiliate yang terlibat. Ini akan meningkatkan kredibiliti dan anda akan lebih yakin kepada mereka.
  • Apa produk yang anda bakal promosikan. Lebih mudah untuk anda menjawab persoalan semasa menjual nanti.

‘Baca artikel ni kalau serius nak buat duit dengan affiliate’

 

4.  Kenali Prospek Anda.

Setelah anda dah tahu apa produk yang anda nak promosikan, anda kena tahu kepada siapa anda nak jual. Kalau boleh biarlah ianya spesifik dan targeted. Satu-satu produk itu tidaklah sesuai untuk semua orang, jadi lebih berkesan kalau anda promosikan kepada sasaran yag lebih kecil.

 

  5.  Plan Bisnes Anda.

Seterusnya, anda kena rancang pula apa yang anda nak buat. Kata orang dulu-dulu, “bila kita gagal merancang maka kita sebenarnya merancang untuk gagal”. Saya setuju dengan kata-kata tu…

 

Semua langkah-langkah pemasaran perlu dirancang dan bukan dibuat melulu. Contoh beberapa perkara yang perlu dirancang adalah seperti bila masanya nak buat promosi dan di mana?

 

6.  Ruang Kerja.

Walaupun anda hanya buat bisnes online secara part time, anda patut ada ruang kerja yang khusus dan sesuai. Semua ini akan mempengaruhi kualiti kerja yang anda lakukan. Jika anda bekerja di rumah, pastikan anda menyediakan ruang yang selesa untuk lebih produktif. Paling penting, anda kena ada peranti (pc atau laptop) dan talian internet. Kalau tak ada, kenalah berkunjung ke Kafe Siber yang berdekatan atau wifi. Dulu saya pun pernah alami semua ini.

 

Ini Penting Juga!

 

Ini selalu orang yang bisnes online terlepas pandang. Pastikan juga bisnes yang anda bakal buat ini patuh syariah dan mematuhi undang-undang. Anda pastinya tidak mahu bisnes yang anda ceburi ini menyalahi agama dan undang-undang, kelak anda akan dibayangi dengan perasaan takut dan was-was bila berniaga. Duit masuk pun kurang berkat…

 

Rasanya cukup setakat ini saja celoteh kali ini. Ini sebenarnya panduan secara kasar sahaja, boleh diperhalusi dengan lebih dalam lagi. Insya Allah, pada masa akan datang saya akan kongsikan lagi.