APA YANG MENARIKNYA WHATSAPP BUSINESS NI? BAGAIMANA NAK BUAT?

Whatsapp Business dah LIVE!

Mesti ramai dah tahu kan pasal whatsapp business ni, ada yang dah boleh download dan guna. Yang belum dapat tu sabar je lah ye. Malangnya pada peringkat awal ni hanya pengguna android sahaja yang dapat update ni. Insyaallah nanti yang lain menyusul…

 

Update yang terbaru ni mungkin akan menguntungkan peniaga tapi sana-sini rata-rata orang tertanya-tanya apa kelebihannya Whatsapp Business ni. Paling utama adalah aplikasi ini masih boleh digunakan secara percuma. Kalau tanya kami yang memang gunakan whatsapp dalam berniaga ni, sekarang jadi lebih mudah untuk kita berhubung dan respon dengan prospek mahupun pelanggan.

 

 

Antara Kelebihan Whatsapp Business

Ada Business Profile

Sekarang kita dah boleh edit maklumat untuk dipaparkan di Business Profile. Ini akan memudahkan prospek untuk ‘skodeng’ maklumat penting seperti alamat premis/lokasi, maklumat bisnes, waktu operasi, email dan website. Ini mungkin dapat membantu mereka membuat keputusan untuk membeli.

 

Quick Replies & Automated Messages

Kalau sebelum ni kita perlu gunakan aplikasi 3rd party seperti Clippers dan Phraseboard untuk menyimpan template atau skrip untuk membalas pertanyaan prospek, kini kita boleh gunakan fungsi quick reply yang dah sedia ada. Yang penting kita set dulu keyword tertentu lebih awal.

Kita juga boleh set automated messages untuk reply prospek yang whatsaap kita secara automatik. Dah macam bela robot pulak kan. Yang penting anda perlu set dulu apa respon yang kita nak balas berdasarkan pertanyaan prospek.

 

Statistics

Ini juga antara fungsi penting yang diperkenalkan. Sebagai penjual, kita kena tahu dan pantau data-data yang berkaitan. Dari data-data ini, kita boleh ukur prestasi dengan menganalisa mesej keluar, mesej terima, mesej yang berbalas dan sebagainya. Paling sesuai bila kita blast mesej, boleh tengok berapa yang terima, baca atau blok anda! Macam email marketing dah kan…

 

Label

Kini kita dah boleh gunakan fungsi label untuk memperkemas dan menyusun prospek atau customer. Menarik juga kalau gunakan label berwarna ni, senang dan jelas sekali nak asing-asingkan. Ini juga akan memudahkan dan mempercepatkan semasa kita membuat carian.

 

Tutorial Whatsapp Business

 

Persoalannya bagaimana nak buat?

Secara teknikalnya sama sahaja untuk cari download dan buat setting asas. Cuma paling penting adalah pelan dan strategi bagaimana kita nak gunakannya dalam bisnes kita masing-masing. Kali ini kami nak tunjukkan satu tutorial langkah demi langkah bagaimana nak download dan setting aplikasi ini ke dalam smartfon. Tutorial ini hanya ditunjukkan untuk pengguna android sahaja dan bagi sesetengah smartfon, screen yang ditunjukkan mungkin berbeza-beza.

 

1.  Buka Google Playstore dan cari Whatsapp Business. Bila dah jumpa, klik install dan kemudian buka aplikasi tersebut.

2.  Pada paparan seterusnya, baca Term of Service dan Privacy Policy dari Whatsapp. Kemudian klik ‘Agree and Continue’.

 

3.  Pada paparan seterusnya adalah aplikasi akan meminta akses kepada fail di dalam smartfon anda. Boleh klik ‘continue’ atau ‘not now’. Dalam contoh ini, saya akan klik ‘continue’.

4 & 5. Setelah anda klik ‘continue’, anda akan ditanya sekali lagi untuk tujuan pengesahan.

 

6.  Seterusnya sistem akan meminta anda untuk mengesahkan nombor telefon anda sebelum sistem ini boleh digunakan. Masukkan nombor telefon anda, pastikan anda pilih Malaysia dan kod 60 dihadapan.

7.  Jika anda pernah install aplikasi Whatsapp Messenger sebelum ini, sistem akan bertanyakan mengenai nombor telefon untuk pengesahan. Jika anda ada dua simkad, boleh terus asingkan Whatsapp biasa dan bisnes. Untuk contoh ini, kami teruskan dengan klik ‘continue’.

8.  Pada langkah ini,sistem akan bertanyakan sama ada hendak dapatkan pengesahan secara automatik ataupun manual. Jika pilih automatik, sistem akan terus baca sms pengesahan yang dihantar.

9.  Anda akan diminta untuk memberikan akses kepada Whatsapp Business.

10.  Jika anda pernah buat back-up, pastikan rekod lama yang ada dalam keadaan baik. Klik ‘Move’ jika anda nak pindahkan mesej dan media dari Whatsapp lama ke bisnes. Jika anda tak pindahkan, mungkin anda tak dapat nak membacanya semula nanti. Ia mungkin hilang.

11.  Back up untuk messenger telah dikenalpasti.

12.   Seterusnya anda boleh edit maklumat bisnes anda. Masukkan nama bisnes anda dan kemudian klik ‘next’.

13. Tungguuu…

14. Setelah anda berjaya install, paparan sebegini akan terhasil (rujuk gambar 14).

 

15.   Klik pada pilihan (tiga titik di bahagian atas kanan), dan klik pada menu settings. Paparan seperti di atas akan kelihatan. Yang berbeza adalah terdapat tambahan menu Business Settings. Pilih Business settings.

16.   Berikut adalah paparan bagi menu Business Settings. Menu yang ada seperti statistics, away message, greeting message, dan quick replies.

17.   Klik pada pilihan (tiga titik di bahagian atas kanan), dan mesej yang dipaparkan tidak berubah kecuali terdapat pilihan untuk labels. Klik labels untuk tindakan selanjutnya.

18.   Paparan yang dapat dilihat adalah seperti di gambar.

19.   Gambar 19 menunjukkan ikon baru whatsapp business (seperti ditunjukkan).

 

Kesimpulan

Semoga dengan perkembangan terbaru ini dapat dimanfaatkan oleh kebanyakan pengguna yang menggunakan aplikasi Whatsapp dalam urusniaga mereka. Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat, bantu kami untuk sebarkan dan kongsikan dengan orang lain.

 

 

Tim BOSS - Dinor Sabudin

Dinor Sabudin aka Cikgu Dropship merupakan seorang usahawan internet yang telah menjalankan bisnes dan pemasaran secara atas talian sejak tahun 2009 lagi. Kini beliau aktif dalam aktiviti training dropship, penerbitan produk digital, konsultasi media sosial dan trainer FB Ads. http://dinorsabudin.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge