7 TIPS BEKERJA DARI RUMAH

Masalah utama bekerja dari rumah adalah untuk berhadapan dengan gangguan sekeliling dan masalah untuk fokus ketika bekerja. Ini akan memberi kesan kepada produktiviti kerja.

Dalam artikel kali ini, Tim BOSS ingin kongsikan beberapa tips interior design untuk menghias ruang kerja anda untuk meningkatkan produktiviti ketika bekerja dari rumah.

 

Pilihan Warna

Pilihan warna amat memberikan kesan kerana kajian membuktikan warna amat mempengaruhi mood kerja. Ini termasuklah warna dinding, perabot, kelengkapan kerja dan sebagainya. Warna hijau dikatakan dapat memberikan kesan baik kepada mood disamping meningkatkan konsentrasi dan fokus. Warna ungu pula boleh meningkatkan daya kreativiti manakala merah dan oren dikatakan memberikan tenaga ekstra.

 

Regangan Otot

Jadikan senaman regangan otot sebagai rutin anda sebelum mula bekerja. Tak perlu regangan yang memakan masa lama dan berpeluh-peluh. Contohnya sekadar meregangkan otot tangan sebelum mula berperang dengan keyboard. Antara otot lain yang perlu diberi perhatian adalah seperti leher, pinggang dan belakang badan.

 

Perhiasan

Wujudkan sentuhan kehidupan di ruang kerja anda, ia mungkin dapat membuatkan anda lebih tenang dan rileks. Misalnya dengan meletakkan akuarium atau tanaman kecil di ruangan kerja anda. Ada pendapat yang mengatakan bahawa gambar foto atau lukisan juga mampu memberikan kesan yang sama.

 

Pilihan Perabot dan Kelengkapan

Pilihan perabot dan kelengkapan yang sesuai juga penting. Jika boleh, dapatkanlah yang bersesuaian sepertimana di pejabat. Malah ada banyak perabot dan kelengkapan yang direka khusus untuk SOHO (Small Office Home Office). penggunaan perabot dan kelengkapan yang kurang sesuai mungkin akan menggangu postur dan fokus anda nanti.

 

Suhu Yang Sesuai

Suhu ruang kerja juga mempengaruhi produktiviti kerja anda. Jangan terlampau panas atau sejuk dan pastikan pengudaraan di ruang kerja anda baik. Suhu yang kurang sesuai akan buatkan rasa resah gelisah.

 

Pamerkan Jadual

Kalau anda dah buatkan jadual kerja, pamerkan di sudut yang boleh dilihat. Ini untuk menguatkan disiplin anda supaya jadual ini dipatuhi sepenuhnya dan anda tidak lari fokus membuat sesuatu yang lain.

 

Rehatkan Mata

Kebiasaannya, mereka yang bekerja dari rumah akan menghabiskan banyak masa dihadapan skrin komputer dan ini sebenarnya tidak baik untuk kesihatan mata anda. Satu tips yang pernah dipelajari untuk mencegah keletihan mata adalah peraturan 20-20-20. Caranya, setiap 20 minit anda perlu melihat pemandangan atau objek di jarak lebih kurang 20 meter jauhnya selama lebih kurang 20 saat. Sila cuba ya.

 

Baca 5 Tips ni sebelum mula kerja dari rumah >> 5 TIPS

 

Sekian sahaja 7 tips untuk anda cuba lakukan untuk meningkatkan produktiviti anda ketika bekerja dari rumah. Cuba buat dan kongsikan hasilnya dengan Tim BOSS ya.

 

Jika anda rasakan artikel ini menarik, silakan share untuk kita sama-sama kongsikan manfaatnya. Terima kasih ya atas kesudian membaca.