5 TIPS KENCANGKAN CLOSE SALES DI WHATSAPP

Susah Close Sales Di Whatsapp?

 

Walaupun aktiviti urusniaga online semakin berkembang dan ramai bercakap tentang era ecommerce, namun urusniaga jualan di aplikasi Whatsapp tetap menjadi pilihan ramai penjual dan pelanggan. Ramai masih praktikkan close sales di whatsapp.

 

Namun apa yang membelenggu ramai penjual adalah conversion rate (CR) yang rendah iaitu dari banyak-banyak whatsapp yang masuk tidak dapat ditukarkan kepada pembeli. Ada ketikanya, gelora krik..krik yang melanda.

 

Inilah antara kelemahan utama usahawan online iaitu gagal menguasai kemahiran close sales. Buat marketing sekencang mana pun, kalau gagal buat sales maka tak adalah wang yang masuk.

 

Baca artikel buat link whatsapp ni…

 

Kali ini Tim BOSS nak kongsikan 5 langkah yang akan kencangkan close sales anda. Cuba amalkan kesemua langkah ini apabila ada prospek yang bertanya mengenai produk di Whatsapp nanti.

 

1 – Simpan Dulu Perihal Harga

 

Majoriti yang whatsapp mesti nak tahu pasal harga dulu kan? Sebab ramai pembeli pada hari ini sangat bijak membuat pilihan. Jika anda terus memberikan harga, kemungkinan besar mereka akan terus skip dan meneruskan survey mereka.

 

Jadi bagaimana nak buat?

 

Cuba buat mereka bercerita tentang masalah mereka dahulu. Minta izin dari mereka untuk anda ceritakan manfaat produk atau perincian offer anda. Contohnya;

 

“Prospek: PM Harga?”

 

“Penjual: Maaf sis, sebelum itu boleh saya tahu masalah sis yang mana satu ya? Nak atasi jerawat atau masalah jeragat?”

 

Bila prospek mula bercerita dan tumpuan beralih dari harga, teruskan berbual terutamanya mengenai masalah mereka.

 

2 – Kuasai Perbualan Anda.

 

Jangan biarkan prospek pula yang menguasai perbualan. Pastikan anda yang in charge. Ini bukan bermakna anda sentiasa nak menang dalam perbualan dan akhirnya bertelagah.

 

Cara mudah untuk menguasai perbualan adalah dengan bertanyakan soalan kepada mereka. Disamping itu, anda juga akan menggalakkan mereka menjawab soalan anda. Jadi tak adalah sindrom blue tick bila berbual.

 

Tanya dan selami untuk mencari masalah sebenar mereka dan terangkan bagaimana anda dapat membantu mereka.

 

3 – Sentiasa Mendengar.

 

Bila prospek dah mula bercerita, pastikan anda jangan biarkan mereka bercakap seorang diri. Tunjukkan yang anda ada dan mendengar keluh kesah mereka.

 

Antara tips yang sering dilupakan adalah untuk mengiyakan apa yang prospek cuba terangkan. Cukup sekadar membalas perkataan seperti ooo begitu.., hmm betul tu…, saya faham dan sebagainya seolah-olah anda ada disisi dan memahami masalah mereka.

 

4 – Selitkan Bukti Awam.

 

Pada masa yang sesuai, berikan beberapa testimoni pelanggan mengenai produk anda. Jika boleh gunakan testimoni Gred A iaitu testimoni yang kena dengan masalah prospek anda.

 

“Oh puan ada masalah jeragat ya. Pelanggan saya dulu, Cik Fatimah juga ada masalah yang sama dengan sis. Alhamdulillah selepas sebulan guna krim ni, jeragat beransur hilang. Ini saya sertakan testimoni Cik Fatimah tu…”

 

(Berikan testimoni bergambar)

 

Kajian menunjukkan, orang lebih mempercayai kata-kata orang ketiga (pengguna produk) atau dalam marketing disebut words of mouth.

 

5 – Keyakinan Yang Tinggi.

 

Sudah semestinya anda perlu ada keyakinan tinggi pada produk dan diri sendiri supaya close sales anda berjalan lancar. Jangan takut-takut untuk close sales.

 

Cuba hilangkan segala keraguan mengenai produk dengan mengenali produk dengan lebih dalam. Baca segala info yang diberi dan bertanya kepada pembekal apa yang anda keliru. Bentuklah keyakinan diri anda dengan sentiasa berlatih untuk closing.

 

Usahawan lain yang berjaya bukannya mahir close sales sejak dari lahir, mereka juga belajar dari kesilapan dan pengalaman. Insyaallah, kalau kita buat selalu pasti akan berjaya nanti. Practice makes perfect.

 

Jika anda rasakan artikel ini menarik, silakan share untuk kita sama-sama kongsikan manfaatnya. Terima kasih ya atas kesudian membaca.