5 SEBAB KENAPA USAHAWAN PERLU MENULIS BLOG?

Menulis Blog?

Sejak akhir-akhir ini, timbul kembali kesedaran kepada ramai usahawan untuk mempunyai website atau menulis blog. Ini berikutan beberapa kes di mana Facebook sedang giat dengan aktiviti unpublished dan memadam akaun Facebook dan Fanpage yang melanggar syarat dan terma yang telah ditetapkan.

 

Kadang-kadang, kita seakan-akan terlalu bergantung kepada Facebook sahaja. Tak dinafikan, pemasaran FB Ads memang terbukti kehebatannya namun tidak mustahil ia akan menjerat diri pada masa hadapan.

 

Kita buat back-up plan sebelum terjerat ya. Jangan terlalu bergantung kepada Facebook dengan menjadikannya sebagai satu-satunya kaedah pemasaran yang kita gunakan. Facebook tu kan Mark Zuckerberg yang punya, kita cuma menumpang sahaja. Bayangkan kalau dia unpublished fanpage anda, delete akaun anda atau hari-hari flag ads anda. Jadi masalah tak?

 

Blog Sebagai Alternatif

 

Sebagai langkah selamat, wajar untuk para usahawan mempunyai blog untuk bisnes. Menulis blog untuk bisnes ni sedikit berbeza dengan blog peribadi, nama pun blog bisnes kan. Blog peribadi adalah bersifat peribadi atau atau mungkin terdiri dari pelbagai campuran niche. Ada yang menjadikannya sebagai catatan diari atau jurnal.

 

Blog bisnes pula lebih fokus kepada satu niche yang menjadi tunjang bisnes kita. Contohnya kita menjual produk kesihatan, kita akan fokus kepada niche tersebut sahaja. Menulis blog bisnes ini juga lebih santai dan softselling daripada kita membuat website.

 

Kenapa Perlu Tulis Blog?

 

Seperti yang dinyatakan awal tadi, kami akan berikan 5 sebab kenapa usahawan perlu menulis blog.

 

Trafik Percuma

Anda lebih mudah untuk mendapatkan trafik percuma dengan blog. Ini kerana blog anda akan disenaraikan di laman web carian seperti Google. Apa yang anda buat jika ada masalah dan ingin mencari solusinya segera? Google je kan? Bayangkan jika anda buat carian di Google dan blog anda terpapar pada muka pertama…

 

Sama ada cepat atau lambat, ada caranya untuk anda jadikan blog anda tersenarai dengan lebih cepat di carian Google. Kaedah ini dinamakan Search Engine Optimization (SEO).

 

Tangkap Prospek Baru

Anda akan dapat meluaskan capaian prospek anda secara online. Percayalah, anda akan lebih mudah untuk mendapat prospek baru secara online terutamanya jika anda membuat artikel-artikel yang mempunyai konten yang berkualiti. Hakikatnya, masih tak ramai yang tahu mengenai bisnes anda, inilah masanya anda sebarkan mengenai kewujudan bisnes anda.

 

Mudah Mendidik Prospek

Dengan menggunakan konten-konten yang berkualiti, anda boleh berikan maklumat terkini, panduan, tips dan sebagainya untuk mendidik prospek anda. Ini akan menjadi ilmu tambahan dan satu nilai tambah yang membuatkan mereka akan sentiasa ingat anda.

 

Contohnya anda memberi informasi mengenai kepentingan menjaga kesihatan usus secara percuma. Dalam masa yang saya, anda boleh ambil peluang untuk perkenalkan bisnes dan produk anda berkaitang dengan kesihatan usus.

 

Nampak Lebih Pro

Selain dari berkongsi di media sosial yang lain, dengan menulis blog secara automatik anda akan nampak lebih profesional. Penampilan blog anda juga perlu sesuai dan jika boleh mengikut tema korporat anda. Apabila anda menulis sesuatu topik yang khusus secara terperinci, maka anda akan nampak seperti pakar rujuk dan mempunyai autoriti dalam bidang tersebut. Secara tak langsung, pembaca akan lebih percaya (trust).

 

Hebahkan Kepakaran Anda

Ceritakan mengenai kepakaran yang anda miliki, bagaimana bisnes dan produk anda telah berjaya bantu ramai orang selesaikan masalah mereka. Berikan beberapa testimoni terbaik, ia akan bercakap bagi pihak anda.

 

Orang tak akan tahu tentang kepakaran anda jika tak ada sesiapa pun yang cerita kan? Beritahu mereka supaya mereka tahu bagaimana bisnes atau produk anda boleh membantu selesaikan masalah mereka.

 

Kesimpulan – Buat Duit Dengan Blog!

 

Sambil-sambil anda menulis blog untuk berkongsikan maklumat dan mempromosikan bisnes anda, menulis blog juga dapat memberikan autoriti dan trust dengan kadar lebih pantas. Bila orang dah percaya, jual apa saja pasti akan mendapat respon yang baik.

 

Sekiranya anda rasa artikel ini bermanfaat, harap dapat kongsikan dengan rakan yang lain supaya lebih ramai usahawan tahu kepentingannya menulis blog untuk bisnes.

Tim BOSS - Dinor Sabudin

Dinor Sabudin aka Cikgu Dropship merupakan seorang usahawan internet yang telah menjalankan bisnes dan pemasaran secara atas talian sejak tahun 2009 lagi. Kini beliau aktif dalam aktiviti training dropship, penerbitan produk digital, konsultasi media sosial dan trainer FB Ads. http://dinorsabudin.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge