5 RAHSIA KEWANGAN ORANG KAYA DI DUNIA YANG BOLEH KITA PELAJARI

Siapa orang yang terkaya di dunia?

Seringkali bila ditanya pada usahawan online, pasti mereka akan menyebut nama-nama dalam industri teknologi dan IT seperti Bill Gates, Mark Zuckerberg, Larry Page, Elon Musk dan banyak lagi. Namun apakah rahsia kewangan orang kaya?

 

Apakah ciri-ciri yang membuatkan seseorang itu dilabel orang kaya? Selalunya mereka ini memiliki wang dan harta yang lebih banyak berbanding orang lain. Inilah rahsia kewangan orang kaya… Ini ukuran sejak dari zaman Parameswara lagi…

 

Apakah persamaan antara mereka?

Apa rahsia kewangan mereka yang boleh kita pelajari agaknya?

Benarkah ada rahsia kewangan orang kaya?

 

5 Rahsia Kewangan Mereka

 

Kali ini Tim BOSS nak ajak mengimbas satu kajian oleh Koinworks, ada 5 rahsia kewangan yang boleh kita tiruvasi untuk mengikut jejak mereka yang kaya-raya ini.

 

1. Mampu Menguasai Informasi

Rahsia pertama yang perlu dikuasai adalah informasi. Informasi merupakan salah satu hal yang sangat penting dalam hampir segala bidang. Kita ambil contoh dalam peperangan, semua pihak akan berebut informasi, hingga sanggup bersusah payah melatih pasukan risikan khusus untuk mengumpulkan informasi.

Dengan informasi yang cukup, kita mampu mengagak dan menjangkakan apa yang sedang dan bakal berlaku dan ini akan menjadi suatu kelebihan. Contohnya kita dapat mewujudkan satu produk yang mampu sustain dalam jangka panjang seiring dengan permintaan pengguna.

 

2. Mampu Menguasai Angka

Seorang pensyarah saya dulu pernah berkata, “kuasailah angka dan kamu akan menguasai kewangan”. Orang-orang kaya ini sangat masak dengan kira-mengira, bukan hanya mengenai angka yang tertulis tetapi turut mencongak-congak angka untung rugi yang ada di dalam dan luar kepala. Kebanyakan yang gagal dalam bisnes adalah akibat gagal menguasai hal kewangan bahkan perkara asas seperti wang keluar dan masuk.

 

3. Belajar dan Terus Belajar

Belajar tak semestinya secara formal disekolah dan kolej. Zaman ini, kita mampu belajar di mana-masa saja, asalkan ada kemahuan. Ambil contoh founder Facebook sendiri, tak cemerlang dalam pelajaran pun kan?

 

Mereka terus belajar dan belajar sambil mempraktikkan apa yang telah mereka pelajari. Bagi mereka, kegagalan adalah pengalaman yang berharga. Kerugian juga adalah pengalaman dan mereka akan bangkit semula dengan lebih kuat.

 

4. Jangan Cepat Berpuas Hati

Jangan cepat berpuas hati dengan apa yang ada. Manfaatkan peluang-peluang yang ada sambil menciptakan sumber penghasilan tambahan. Jadikan inovasi dan mencipta perkara baru itu sebagai satu rutin.

 

Saya suka ambik contoh Facebook, yang bermula kecil dan terus berkembang. Kini Facebook telah menjadi satu kuasa besar rangkaian media sosial yang terbesar di dunia dan gah dengan kemampuan pengiklanan FB Ads nya.

 

5. Melabur dan Melabur

Rahsia terbesar mereka yang paling menguntungkan adalah pelaburan. Banyak perkara yang boleh dijadikan pelaburan seperti hartanah, saham, emas dan sebagainya. Mereka tukarkan wang ke dalam bentuk aset yang lain.

 

Banyak jutawan yang boleh kita contohi, mereka menjadi kaya-raya kerana memiliki pemilikan saham dalam perusahaan-perusahaan besar sebagai seorang pelabur.

 

Kesimpulan

Nak jadi seperti nampak mudah tetapi memerlukan usaha dan masa. Sesuatu kejayaan itu tidak mungkin datang dengan mudah, bak pepatah “yang bulat tidak datang bergoleh, yang pipih tidak datang melayang”.

Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan anda dengan menekan share. Semoga bermanfaat.

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge