5 Panduan Untuk Mulakan Bisnes

Perlukan Panduan Untuk Mulakan Bisnes?

 

Masalah ramai orang yang nak mula bisnes adalah mereka tersilap pilih! Jadi bagaimana nak pilih bisnes yang betul dan sesuai untuk dimulakan. Walaupun setiap orang ada cara yang tersendiri, saya akan kongsikan 5 panduan utama untuk memilih bisnes yang dapat kekal lama dan memberikan pulangan yang lumayan.

 

1.  Pilih Apa Yang Anda Suka Buat.

Paling senang dan mudah adalah dengan buat benda yang anda suka buat. Ini akan bantu anda untuk lebih bersemangat dan wujudkan passion. Ini juga dapat elakkan rasa jemu atau bosan nanti. Contohnya anda minat menulis artikel, cuba tawarkan servis untuk menulis artikel blog dan sebagainya. Mungkin ramai yang memerlukan kepakaran anda.

 

2.  Pilih Apa Yang Anda Expert.

Kalau anda ada kepakaran tertentu dalam sesuatu bidang, maka mulakan bisnes dalam bidang tu. Contohnya anda ada kepakaran menulis iklan online. Tunjukkan kepakaran anda dan tawarkannya  kepada mereka yang memerlukan servis penulisan iklan atau copywriting. Memandangkan anda dah pakar, anda boleh terus buat dan tak perlu mencari ilmu baru.

 

3.  Pilih Ikut Budget Anda.

Mulakan dengan apa yang anda mampu, bukan terus mula dengan skala besar sampai berhutang sekeliling pinggang. Kalau tak ada modal, mulakan dengan menjual produk orang dulu contohnya dropship. Jangan ikutkan nafsu sangat nak simpan stok bertimbun-timbun atau nak keluarkan produk sendiri.

 

Baca tips penting bisnes dropship di sini.

 

4.  Pilih Produk High Demand Tapi Kurang Supply.

Kunci buat sales yang tinggi adalah dengan menjual produk yang banyak demand tapi susah nak cari dalam pasaran. Dari sudut bisnes online pula, cuba menjual produk yang susah nak cari secara offline.

Perhatikan sekeliling, fikirkan apa produk atau servis yang banyak orang perlukan tapi tak ramai yang jual atau bekalkan.

 

5.  Pilih Bisnes Yang Sesuai Buat Online.

Bukan semua produk atau servis mudah untuk dipasarkan secara online. Ada sesetengah produk tu, bukannya sesuai untuk semua channel pemasaran.

Contohnya jika anda nak menjual di Facebook, elakkan menjual produk yang dilarang seperti dalam terma dan syarat yang telah ditetapkan. Contohnya produk seksual, produk intim, senjata api dan sebagainya. Cubalah jual, senang kena flagged dan silap-silap kena unpublished.

 

Jika anda rasakan artikel ini menarik, silakan share untuk kita sama-sama kongsikan manfaatnya. Terima kasih ya atas kesudian membaca.

Semoga 5 panduan ini dapat membantu anda ya.