4 Langkah Mudah Menjual di Mudah

Menjual di Mudah? Kisah ini pernah terjadi pada seorang sahabat saya pada awal tahun ini. Namanya Tuan Eron dan beliau diarahkan bertukar tempat kerja dari Sungai Petani ke Kuala Lumpur.

Masalahnya…

 

Masalah Tuan Eron ni adalah nak angkut barang dan faktor masa. Beliau kena kosongkan rumah di Sungai Petani segera tapi rumah baru di KL pula dah lengkap dengan perabut. Jadi tak ada pilihan lain, beliau terpaksa ‘letgo’ barang-barang lebihan yang nak di bawa tu. Beliau pun buka tawaran ‘preloved item’ dalam group Whatsapp dan ramai yang respon. Tapi biasalah, ramai yang minta harga kawan-kawan yang sangat tak masuk akal.

 

Dalam diam, anaknya yang baru lepasan SPM telah buat beberapa post iklan dalam mudah.my dan tunjukkan kepada ayahnya respon iklan tersebut.

 

Teruja

 

Tuan Eron sangat teruja kerana iklan anaknya yang simple tu sangat ramai yang respon. Akhirnya satu demi satu perabut dan perkakas yang berlebihan tu dapat dijual dengan nilai yang dipersetujui bersama. Cecah ribuan jugaklah hasil daripada menjual barang yang tidak lagi dipakai menggunakan platform mudah.my ni. Boleh juga buat belanja.

 

Sebenarnya tak susah nak mula menjual di platform mudah.my. Kali ni Tim BOSS akan kongsikan 4 Langkah Bagaimana Nak Mula Menjual di Mudah.my.

 

4 Langkah Bagaimana Nak Mula Menjual di Mudah.my

 

Step 1 – Pilih Produk.

 

Pilih produk apa yang nak dijual. Jika boleh, pastikan produk tersebut ada permintaan. Kalau nak ‘test market’ pun boleh. Dalam cerita di atas tadi, produk yang nak dijual adalah barang-barang terpakai. Barang-barang ini disenaraikan dan diperiksa sama ada masih elok atau sebaliknya.

 

Step 2 – Ambil Gambar.

 

Ambil gambar dari beberapa sisi yang menarik. Gambar perlulah jelas dan menarik untuk dilihat oleh bakal-bakal pembeli. Tak perlu terlalu advance sehingga nak buat gambar studio pun dan tak perlu edit sangat pun. Gambar biarlah menggambarkan keadaan sebenar dan boleh gunakan smarphone sahaja.

 

Step 3 – Upload Gambar dan Karang Butiran Yang Berkenaan.

 

Upload gambar yang telah dipilih (3-6 gambar) dan lengkapkan beberapa maklumat seperti kategori, keterangan iklan dan maklumat penjual. Pastikan keterangan iklan adalah betul dan menggambarkan keadaan produk yang sebenar.

 

Step 4 – Respon.

 

Jika ada yang berminat, berikan respon yang berkenaan. Jika persetujuan dicapai, uruskan proses jual beli. Dalam cerita di atas tadi, pembeli yang berminat akan buat temujanji untuk datang melihat barangan sebelum buat keputusan membeli. Malah ada yang terus setuju dan buat pembelian. Pastikan produk selamat sampai ke tangan pembeli sama ada secara Cash On Delivery (COD), Self Collect atau pos.

 

Jangan Lupa

Memang nampak mudah berniaga di mudah tetapi kena tahu juga yang di platform mudah juga ramai yang scammers dan mengambil kesempatan.  Jadi kena pastikan dengan siapa kita berurusniaga. Jika nak berjumpa atau COD, pilihlah lokasi yang bersesuaian.

Selamat menjual di Mudah.my!

 

 

 

One thought on “4 Langkah Mudah Menjual di Mudah

Comments are closed.