3 NICHE DROPSHIP YANG TIDAK PERNAH MENGHAMPAKAN

Ramai newbie yang baru nak mula berniaga terutamanya dalam dropship ini keliru untuk pemilihan produk. Terlampau banyak niche dan produk sehinggakan tidak tahu hendak memilih yang mana satu.

Dalam artikel kali ini, Tim BOSS nak kongsikan 3 niche dropship yang tidak pernah menghampakan khusus untuk mereka yang masih bingung nak memilih niche.

 

Niche Fesyen

 

Tak dinafikan, ramai yang memilih niche ini untuk memulakan bisnes kerana niche ini ramai peminatnya dan untung juga boleh tahan. Caranya juga agak mudah iaitu dengan bermodalkan gambar menarik yang diupload ke media-media sosial seperti Facebook, Instagram, Whatsapp dan sebagainya.

 

Sudah pasti juga anda akan hadapi banyak pesaing dalam niche ini dan anda perlu selangkah kehadapan. Pastikan anda dibekalkan dengan gambar-gambar yang menarik dan terkini. Anda juga perlu rajin dan konsisten dalam mengupload gambar dan katalog untuk menarik bakal pembeli. Fikirkan juga mikro niche yang sesuai contohnya niche pakaian wanita, aksesori wanita, dan pakaian kanak-kanak.

 

Niche Gadget

 

Ramai juga yang terjun dalam niche gadget ni. Paling popular adalah aksesori smartphone. Hampir setiap orang baik yang tinggal di kota atau pelusuk desa pasti menggunakan handphone dan smartphone sebagai alat komunikasi.

 

Ada kenalan yang menjual aksesori khusus dan customized Iphone yang hanya menjual di Instagram tetapi mampu mencecah jualan sehingga 4 angka setiap bulan. Namun pastikan anda mendapat bekalan dari dropshipper yang boleh dipercayai supaya mutu dan kualiti terpelihara.

 

Niche Makanan dan Minuman

 

Niche ini juga menjadi kegemaran ramai orang dan boleh dikatakan niche evergreen. Setiap orang perlukan dan sukakan makanan dan minuman sama ada yang biasa-biasa ataupun ekslusif.

 

Antara contoh micro niche dalam makanan adalah snek, bahan masakan, rencah/pes, bahan sejuk beku, kek, susu kurma dan sebagainya.

 

Bagaimana dengan senarai 3 niche yang popular dan tak pernah sepi pembeli di atas? Boleh pilih satu dan cuba ya.

 

Jika anda rasakan artikel ini menarik, silakan share untuk kita sama-sama kongsikan manfaatnya. Terima kasih ya atas kesudian membaca.