10 PERKARA BEST BILA MULA BISNES DARI KAMPUS

Kalau dulu, jarang kita dengar anak muda yang mula bisnes dari kampus sejak awal remaja. Tapi sekarang sudah jadi seperti trend berbisnes di kampus tambahan lagi bisnes online. Apatah lagi dengan jadual kuliah yang tidak terlampau padat, maka ramai yang ambil peluang buat kerja sampingan.

Contoh yang boleh diniagakan adalah seperti jual kredit top-up, dropship, makanan, servis, ecommerce dan sebagainya malah ada yang advance sehinggal buat sewa kereta dan buka syarikat sendiri.

 

Kelebihan Mula Bisnes Dari Kampus

 

Di sini Tim BOSS nak ceritakan 10 kelebihan atau keuntungan bila mula bisnes dari kampus ni.

 

1. Bebas Berbelanja Dari Poket Sendiri.

Bila dah ada duit sendiri, ini masanya nak penuhi naluri remaja tu. Anda senang nak up to date dengan perubahan terkini seperti gadget dan fesyen terbaru. Tak salah nak bergaya dengan wang hasil titik peluh sendiri kan…

 

2. Ringankan Beban

Antara nikmat yang paling best adalah kita mampu bantu ringankan beban orang tua untuk membiayai penghidupan kita semasa belajar. Malah ramai yang mampu tanggung adik-beradik pula sambung belajar hasil dari berbisnes online!

 

3. Menyimpan Dari Awal

Anda juga dapat mulakan tabiat menyimpan duit dari awal lagi. Tak perlu tunggu sampai mula kerja. Duit tu boleh buat macam-macam, bak kata mat saleh save and forget.

 

4. Asah Kreativiti.

Zaman muda ni lah kita nak asah kreativiti kita. Carilah bekal pengalaman sebanyak-banyaknya. Bak kata pepatah melayu, belakang parang kalau diasah akan tajam juga. Bila dah habis belajar nanti senang kita nak membelah lautan bisnes pula.

 

5. Bermula Awal

Anda akan dapat ‘head start’ sebab mula bisnes lebih awal dari orang yang lain. Ambil kesempatan ini untuk mencari pengalaman dan melebarkan jaringan bisnes yang terbuka luas. Pada ketika sahabat-sahabat anda baru nak berniaga nanti, anda dah ada bisnes yang kukuh.

 

6. Timba Pengalaman

Ini paling berharga, semakin banyak bisnes yang kita ceburi, maka kita akan memiliki segudang ilmu dan pengalaman yang berharga dalam perniagaan. Pengalaman adalah ilmu bisnes yang paling mahal!

 

7. Bijak Urus Kewangan dan Masa

Sambil berniaga, kita secara tak langsung akan belajar mengurus kewangan dan masa dengan lebih baik dan matang. Tambahan lagi nak membahagikan masa belajar dan berniaga serta melayani nafsu berbelanja.

 

8. Senang Jadi Pakar

Untung bermula awal, banyak ilmu serta pengalaman akan mendewasakan kita. Jika kita fokus pada satu bisnes secara mendalam, suatu masa nanti mungkin kita mampu jadi pakar dalam bidang itu.

 

9. Hilang Rasa Takut

Ramai yang jadi penganggur selepas tamat belajar sebab susah nak bersaing mencari pekerjaan yang sesuai. Rasa takut tak ada kerja selepas tamat belajar akan terus hilang kerana kita dah ada pengalaman berniaga.

 

10. Membantu Ummah

Yakinlah bahawa apabila kita mula berniaga, kita sebenarnya membantu orang lain memperbaiki diri atau menambah nilai mereka. Kita bantu selesaikan masalah mereka. Secara tak langsung kita juga membantu sesetengah orang untuk meningkatkan ekonomi mereka.

Inilah untungnya mempunyai bisnes sejak dari kampus. Hendak seribu daya, tak nak seribu alasan. Selamat berbisnes!